Wednesday 29 February 2012

Ultraman Kuat Tapi?

Waktu dahulu, cerita Ultraman la jadi cerita kegilaan. Tetapi dah besar, mestilah ada kemajuan. Mungkin teringin jadi ultraman tu sudah tiada dalam diri. Tetap aku cuba bayangkan lah. Macam manalah muka aku bila jadi ultraman. Agak-agak macam Arnold Swasananeger. Mungkin lah kan. Aku pun gatai tangan edit picture ni...


Tapi bila aku tengok balik, nampak tegap pulak badan aku ni, Siap ada jantung macam Iron Man tu. Dah jadi ultraman tu mesti la besar, pastu boleh robohkan flat, apartment, condominum ka. kah kah kah. Ini semua jahat, aku kena tolong penduduk bumi.


Walaupun aku ada ramai kawan untuk membantu menyelamatkan bumi, tetapi siapa pulak yang nak selamatkan spesis ultraman macam kami ni. Aku dan kawan-kawan ultraman yang lain ni berusaha mengalahkan raksasa yang datang dalam setiap episode, namun itu semua hanya sementara. Kenapa semua ini boleh berlaku. Masa hayat untuk seorang ultraman hanya tiga minit, kenape?


Bila ajal sudah dekat, mula la lampu jantung mula kong. Tetapi dari kajian aku, tenaga dia duk habis mungkin guna kuasa bateri kuat sangat kot. Yela kan, pasang bateri jenama X mana tak kong cepat. Lagi satu mungkin tak cukup kuasa nak support energy kot pasai besar sangat, Kuasa pun kena kuat la kan, Tambahan pula ultraman ni suka membazir kuasa, dia suka fire kuasa dia tu yang keluar kot tangan dia. Tak reti jimat tenaga elektrik langsung.

Oleh itu, aku nak rekemen kat sesiapa yang pakai bateri jenama X ni. Korang pakai la Energizer 5X lebih kuasa dan tahan lama. Mungkin kalau sesiapa nak jadi ultraman ni, boleh la hidup lama sikit. Ni tak, tiga minit saja. Wow macam ni kalau nak berak pun tak dan. keh keh keh.


Ni korang taruh dua biji pun dah kira cukup kot. Kalau ikot math, tiga minit darab lima mungkin 15 minit kot dapat hidop. Kalau kong cepat jugak, korang jangan cari aku. Aku cuma nak bercerita sahaja. Bila aku pikirkan balik la, kenapa bila dah besar kita semua tinggalkan zaman kegemilangan kita bersama ultraman macam tu sahaja.

Ikut pendapat aku la kan, bagi lelaki ni mungkin sebab lepa tak mau jadi macam ultraman takut tak sempat kawin kot. Yelakan hidup cuma tiga minit saja. Tak sempat nak akad nikah dah meningal. Yang perempuan pulak mesti tak mau jadi janda cepat sangat. So, coclusion camtu la rasanya, chow dulu .. assalamualaikum.

5 comments:

  1. Beli bateri yang jenis rechargeable punya!Gerenti tahan lama~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keh3 zaman dah moden..guna tenaga solar saja la..

      Delete
  2. haha!!!apsal xnak bakai bateri lori je!!
    lagi lama bole idop!! :)

    ReplyDelete
  3. tambah lagi satu... diaorg lawan2 tu dah rosakkan bangunan... ish2... walaupape pun suka ultraman sbb tu la katun kegemaran masa kecik...

    ReplyDelete
  4. dulu ultraman best..skunk dah x best...

    actually bukan x best, sy yg dah besar..haha

    ReplyDelete