Sunday 19 February 2012

Maggi Itu Kenangan Bersama

Err. Aku kasi tau siap-siap. Ini bukan love story okay, walaupun tajuknya kenangan bersama. Tak semestinya kan, asal kenangan bersama saja kisah cinta. Betul tak korang semua. Mungkin bersama keluarga, kawan-kawan, saudara mara betul tak.

Suatu malam yang agak sibuk, dan riuh rendah. Aku and the geng sangat lapor teramat la. Maklum la, hostle life la nak dikatakan. Nak dijadikan cerita, malam tu malam free night. Apa lagi, pakat semua dok free style la kan. Macam-macam yang nak dibuatnya. Ada yang basuh baju, basuh stoking yang agak lama dah tak basuh. Masam plus hapak jadi masak gulai la bahunya. keh keh keh.

Perut budak dorm aku semua dok mai bunyi krukk krakk krukk krakk. Aku pun dah tak tahan dah nak tunggu van DM hantar makan malam. Okay DM tu dewan makan la untuk pengetahuan semua. Dan selepas itu, keluar la mentol yang bercahaya diatas kepala aku dan kawan aku seorang ni namanya Mat Jo(nama tipu). Kami bercadang untuk share duit kami beli maggi, kita orang sebat ramai-ramai.

Tanpa melengahkan masa, kami pun collect la duit sorang seringgit. Maklum la kan, mini kantin tu cekek darah. Maggi sepeket pun seringgit. Berkera nak mampoih. Dia orang bajet buka kedai kat hotel kot. Tolong sikit ye, ini bukan hotel, ini hostle okay. Itu la sebabnya malas nak beli makan dekat mini kantin tu. Ini pun kerana terpaksa.

Sesudah saja membeli maggi, korang mesti terpikir macam mana la nak masak maggi kan. Idea demi idea, mentol demi mentol yang menyala menerangi perut-perut yang kelaparan ni, kami telah membuat persiapan untuk kenduri maggi secara beramai. Kami ambik saja timba kawan aku sorang ni namanya Man(nama tipu), kami ambik saja air panas. Kami tuangkan kedalam timba itu. Err senang nak difahami baldi la kan. Kami masukkan air panas sebanyak sukatan dua liter kedalam baldi. Next step, kami rendamkan kesemua maggi itu didalam baldi berisikan air panas. Kami tunggu beberapa minit, dan kami teruskan dengan memasukan kesemua perencah adabi kedalamnya. Harum dan baunya kian terasa sehingga melusuk kalbu.

Okay done. Kami cepat-cepat lock kan bilik dorm kami supaya tidak diketahui oleh budak dorm yang lain. Jika tidak membuat sedemikian, pakat kami ramai-ramai hirup kuah saja la ye. Kami membentuk satu bulatan, kami makan ikut giliran sehingga habis. Tetapi yang nak dekat habis maggi tu, pakat semua kata tak mau dah kenyang. Padahal akal semua tu, orang kata tak mahu basuh la katakan. Sanggup tak makan tu. Tetapi aku tak kira, aku dengan kawan aku sorang tu sebat saja sampai habis.

Okay ini lah kisah aku dan maggi itu kenangan bersama-sama kawan-kawan ku ketika hidup di hostle. Maklum la kan, dapur tak ada, baldi pun bole jadi kerja. Free life style la katakan. keh keh keh. I hope this memories will never ending. Sama-sama lapar, sama-sama buat kerja gile, makan bersama, susah senang bersama, dan rasa lapur pun bersama tetapi nak kawin tu tak sama la ye. Mau kena penampor nak share isteri orang okay. hek hek hek. Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment