Thursday 23 February 2012

Ujian Memandu Daripada JPJ

Ini lah saat yang paling aku tak mau ingat. Rasa nervous tu biasa la kan. Setakat tangan mengeletar itu dah jadi perkara biasa sejak azali lagi. Tapi situasi aku ini lain. Aku masih cool saja. Bila sampai saja dipusat memandu pada hari itu. Aku dah nampak si kancil dan si viva ni beratur panjang. Okay, kisahnya bermula begini...

Di saat aku tiba di sekolah memandu itu. Err pusat la senang. Aku ni dok bajet time sekolah dahulu la pulak. Aku terus bertanya pekerja disitu "nak ambil JPJ test kat mana abang" padahal sama umur dengan aku saja pun. Bajet abang saja. Okay, dia kata boleh beratur disana. Bila aku beratur dan sampai saja giliran aku. Satu suara kedengaran "adik nombor berapa" Err. Aku tak tahu la nombor berapa time tu. "adik boleh tengor nombor adik disana". Memang terbaik la aku dok beratur panjang-panjang tadi. Aku tengok saja nombor aku "nombor 57.". perhh!!! terbaik gile. Ini dikalangan sepuluh orang terakhir ni. Aku memang suka pun. Sabor je lah. Pastu kena pulak beratur lain nak daftar.

SABOR JE LAH

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku, saat ku harus bersabar dan terus bersabar, menantikan kehadiran dirimu, entah sampai kapan aku harus menunggu, sesuatu yang sangat sulit ku jalani. cut. cut. cut. Okay nombor 50 hingga 61 sila pergi di litar sekarang. Tiba masa untuk ku pergi, langkah pergi dari sini, tak terlintas di fikiran ini, Okay sudah la aku nak mengarut. Aku dok buat playlist pulak dekat sini. hua hua hua. Aku nak cerita satu babak ini. Tok guru lama aku ada di situ. muka habis hot la katakan. Okay nombor 52 ambil kereta itu. Ada seorang ni cakap. nombor lima pulo dulo. Sifu aku balas balik. nombor 52 ambil kereta tu. Orang sama juga cakap. nombor lima pulo dulo. Err kang aku cakap bongok kang marah pulak. orang panggil nombor ang, ang dok kira nombor orang lain pulak. Tak paham betul la aku. Temperatue sifu aku time tu kira paras suhu takat boiling point dah tu. Habis cempera dah !!! Sabor je lah. Time nak dekat giliran aku pulok. Belum lagi ye cuma nak dekat saja. Ada satu babak lagi aku nak ceritakan, mungkin ada banyak babak yang disaat orang nervous sampai jadi macam tu. Tapi aku cite kan dua tiga saja bolehkan. Okay, babak dia macam ini...

Ada seorang ah moi. Hey you, mari sini. Sambil sifu aku melambaikan tangan. Bukannya tanda selamat tinggal or to said goodbye. Tapi sifu aku panggil dia mai bawak kereta tu dekat sini. Ah moi tu buat muka tak bersalah saja. Orang melayu kata buat bodoh saja. Sekali lagi sifu aku bebai. Akhirnya si Ah moi tu faham juga, dan bawak kereta tu ke mari. Asal sampai saja, tanpa melengahkan masa. Sifu aku cakap habis slumber saja, "aku panggil mai ang buat tak tau, cakap melayu pun tak paham susah la" (aku just edit ayat ni sikit, kalau sebetulnya boleh membawa kontroversi ni). Tetapi si Ah moi tu hanya mampu tersenyum saja. Sabor je lah. Okay time aku sudah tiba...

BUKAN MASA UNTUK AKU TEKAN BUTANG PANIC

Sifu aku dok bebai dari tadi. dok cakap la"hari ini semua pakat tak mau naik bukit, asyik tak past, minggu depan mau duduk mai dua ratus orang". Okay abaikan, yang tu dia punya pasal. Sekarang ini giliran aku pulak tiba. Pada awalnya aku masih maintain cool saja. Tetapi di suatu saat ini. Okay babak baru...

Di saat ujian berhenti di bukit. Aku menekan pedal minyak dengan ala kadar. Ikot secukup rasa, and then aku terus menekan brek!!! fuohh cun dah tu. Cukup-cukup tayar dalam line. Bila nak turun saja, entah macam mana si kancil boleh mati enjin pulok. Aku dah berdebar dah ni, mula dok mai nervous. Dalam hati aku cuma kata "habislah duit aku nak kena repeat lain, hampeh". Tak apa masih ada peluang kedua. Aku pun buat la lagi sekali. Tapi malangnya situation is same babe. My face change to muka monyet yang nak kena tibai dengan batang penyapu. Sabor je lah, tetapi tiba-tiba uncle JPJ tu kata tak apa boleh teruskan lagi. Err. masih kecewa lagi. Aku terus abaikan perkara tadi dan terus saja buat ujian park kereta pulak. Untuk park kereta pulak, aku dan yang lain juga diberi 5 minit untuk lakukannya. Tetapi aku ni kan drifter, pakat tolong masuk kotak gear pusing stering terus tarik handbrake tu kira aku pakor sangat la ye. Perasan nak mampus, lesen P pun aku tak diistiharkan lagi nak buat drift pulak. Err aku paham korang nak kata ape, it's okay to me and i just main-main saja okay. chi hua hua.

Dia owang kasi aku 5 minit saja, tapi aku buat 5 saat. Cakap besor perkaro biaso. keh keh keh. Okay tengok la nasib aku macam mana nanti cakap besar sangat kan. Selepas aku park saja si kancil di dalam kandang dia tu, dengan syarat mengangkat tangan aku pun angkat la bila dah selesai kan. Agak lama la aku angkat tangan tu, nak dekat habis masa dah ni, uncle JPJ pun tak kata apa. Kira dah bole bergerak kot ye. Aku pun masuk gear reverse dan cuba nak undur keluar. Tiba-tiba uncle JPJ datang, Ehh kenapa awak pandai-pandai ni. Awat saya baru mai awak nak angkat tangan. "tadi saya dah angkat lama dah encik". Err sabor je lah. Dia kata awat tak hon saja tadi, saya tak perasan. Err cakap banyak pulak orang tua ni. Okay awak bole jalan. Aku pun jalan la buat tiga penjuru terus dan berhenti terus selepas buat dan pergi kat uncle JPJ tu. Tetapi time aku buat tiga penjuru tu, mulut aku lincah berkata-kata "macam cempera punya JPJ, dok buat mana sempoi pulak and bla bla bla" habis bebai la aku time tu. keh keh keh.

JALAN RAYA LA PULAK

Habis selesai sahaja tadi tu, entah macam mana anda lulus. Okay, terima kasih encik. Macam tak boleh percaya. Aku buat habis mengarut boleh lulus. Okay la tu kan. Aku menanti pulak kejutan seterusnya yang menanti. Agak lama la jugak. Tiba saja giliran aku, tak payah la nak mati enjin balik semua. Jalan terus saja. Uncle JPJ dengan aku berbahas sebentar...

Uncle: ang mengaji mana dulu?
Mie: mengaji sini..
Uncle: apa masalah ang nie, aku tanya ang mengaji mana dulu?
Mie: Err. sekolah teknik.!!
Uncle: rilek steady sikit, semua dok buat masalah saja dari tadi panas betoi aku..
Mie: (berpeluh terus..cuak habis siot) terdiam sahaja.

Aku pun buat tak tahu saja kat dia. Dia tanya aku jawab elok-elok. Entah macam mana luck aku tak baik. Asyik lampu merah saja aku. Satu lagi, aku tak bawa si kancil dah. Sekarang aku bawa si viva pulak, first time kot. Rasa pelik saja, tu yang dok mati enjin kerap-kerap tengah jalan tu. Telinga aku pun tak tahan keje kena maki saja tak habis-habis. Ini dah comfirm aku fail punya. Sabor je lah. Okay habis saja semua. Uncle JPJ tu gelak kat aku. Ceh, cempera betoi dok bagi aku ketak tadi. Okay dia bagi aku lulus macam tu saja, dia kata aku "ang boleh bawa la tu" Okay thank you. congratulation to me. chi hua hua. Habis la cerita aku tentang test drive ini ye. Okay the ends Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment