Friday 17 February 2012

Hiking Di Bukit Bendera

Nama-nama akan aku gunakan disini hanyalah nama glamour mahupun nama tipu sahaja.

Pada awal pagi, aku bersiap-siap untuk pergi hiking. Malangnya aku terpaksa pergi ambil member aku dahulu. Aku dengan memecut laju dengan selajunya pergi mengambil member aku itu yang dikenali sebagai Lan(nama tipu). Seterusnya aku terpaksa pergi meletak motosikal aku itu di rumah nenek Mila(nama tipu) bersama kawan-kawannya Lili dan Lulu adik-beradik kembar. Maklum la, dari situ saja pun yang hampir dengan station bas.

Disaat kami semua tunggu bas, Lan merancang pada aku, "apa kata kite suruh saja budak tiga orang tu tahan bas" aku menyahut dengan baik. Cantik cadangan tu. Padahal si Lan dan aku ingin perkena kan balik mereka selepas menunggu di hadapan rumah itu lama la jugak.Tapi hasilnya hanyalah sia-sia. Bas terlepas tiga biji kot. Lepa tahan macam filem P.Ramlee ka ape ye. Last last, aku dengan Lan jugak pegi tahan bas tu.

Kami baru sahaja sampai di Jetty untuk berkumpul dengan budak-budak dari seberang. Aku dengan Lan terus mencari makanan ringan dan air mineral untuk dijadikan bekalan semasa hiking nanti. Tetapi Mila, Lili dan Lulu habis slumbernya lengang tanpa membeli makanan sampingan. Dia orang bajet jalan-jalan kat shopping mall kot keh keh keh. Last last, beli satu bag plastik terus roti.

Walaupun planing kami sudah tersasar jauh. Dari jangkaan nak mendaki pada pukul sembilan pagi, tetapi sudah pukul sebelas pagi baru nak mendaki. Apa-apa pun dah datang dari jauh mendaki jugak la kan. Kami pon mula mendaki selepas menanti seseorang yang kelewatan itu Acap. Dia takpe, orang yang paling lambat dan terawal sampai di puncak bukit. Alamak tak surprise la aku cite awai-awai nie.

Selepas penat berjalan, tak sampai satu perempat perjalanan kami telah berehat nak dekat sepuluh kali kot, rasa-rasanya la. Ni semua gara-gara Mila and the geng la. Sat-sat dah penat. Sabor je lah cik kak oit. Kalo lepa tahu, naya aku kena penampor laju, hak hak hak. 


Selepas half and hour perjalanan, kami tersadai di tepi jalan kerana kepenatan. Silent(nama glamour) itu sampai duduk bersila terus dah macam orang tua dahulu-dahulu dah. Pada waktu ini, Jen(nama glamour) pada saat ini sedang mengambil picture kami yang sedang kepenatan. Selepas itu, kami teruskan perjalanan kami dengan situasi yang lebih mencabar.

Kami melalui jalan berbukit yang kecurunannya sebanyak tiga puluh degree. Walaupun kaki-kaki ini dah mula rasa longgar dan krem. Kami tetap teruskan perjalanan walaupun terserempak dengan monyet-monyet, kera-kera yang terlepas dari pemantauan Tarzan di hutan belantara itu, keh keh keh.

Selepas tiga jam perjalanan, air dalam botol pon yang tak sampai setengah perjalanan dah nak habis dah tu. Bila sampai mesti la comfirm kering punya kan. Jangan tanya la, semua dah tahu punya. Kami berehat di puncak Bukit Bendera sebentar, dan menunaikan kewajipan dahulu. Lepas itu, kami sempat berjalan-jalan dan mengampil picture sebagai kenangan, atas penat lelah menempuhi semua bersama. Kami juga tidak ketinggalan, sempat meneropong sekolah lama kami dari puncak bukit itu.


Walaupun tak berapa banyak gambar yang diambil kerana kepenatan, dan kaki lengah yang melampau. Semua semangat nak ambil gambar pun dah habis lebur. Tak pikir dah pun, yang dok pikir time tu macam mana lah nak turun balik ye. keh keh keh. Mujurlah ada seorang abang nie yang baik hati, menawarkan kami naik train secara percuma. Abang tu kata nak berlanja. Mula-mula, aku, Jen dan Silent membangkang. Akhir sekali, dah rezeki depan mata menumpang pi la kan. he he he.


Kami pun berjalan menuju ke train dengan penat lelahnya, tapi tak ada la yang sampai merangkak meniarap semua tu, tak ada okay. Inilah perjalanan sepanjang hiking kami ni, walaupun penat tapi best. Datang lah ke Pulau Pinang ni ye. Siapa kata Pulau Pinang ni tak best, orang tu tak pernah datang. Walaupun lepas tue, aku dok kira duit parking motosikal di rumah nenek Mila yang agak mahal tu. Tak sangka pulak sampai lima puluh ringgit. Bole menangis ouh aku, dalam dompet pun tak sampai lima puluh. Okay the ends, memories will never endings...

Ops lupak pulak, picture ini semua, aku curi-curi ambil dari mukabuku Lili dan Lulu okay. Ini semua, gambar dari kamera mereka adik beradik kembar. Kalo lepa tahu, pakat dok kena penampor twins la aku, Mahu aku jadi mengong sebentar. keh keh keh..

Assalamualaikum !!!



No comments:

Post a Comment