Saturday 18 February 2012

Latihan Memandu Terakhir Dan Test QTI

Hari itu adalah hari latihan memandu terakhir aku. Aku cukup malas kalau dengar sahaja ada latihan memandu hari itu. Mana taknya, selalu saja lepas subuh saja sambung buat tahi mata. Biasa la kan, anak muda zaman sekarang. Kalau bab tido saja nombor satu la. Maklum la kan, dulu sebelom SPM pakat tido tak lena, mandi tak kenyang kan. Ops tersilap pulak, nak buat lawak tak jadi la tu. keh keh keh.

Hari yang agak terpaksa, aku pergi jugak latihan memandu itu walaupun agak terlambat la kan. Sepuluh minit saja pun, tak ada apa punya. Selalu aku pegi awal, tok guru aku yang lambat. Err aku bayar okay. Ceh aku dok bajet macam aku sorang saja yang bayar. Tak ape, ini bikin beres punya. Asal sampai saja aku disana, hurmm orang putih kata arrived. Pusat memandu tu nak contact aku. Baru teringat kat aku, selama ini tak pulak nak contact kan. Aku tahu la ini latihan memandu terakhir aku, mesti la kena bayar duit punya nanti. Dasyatnya lepa tu, pasal duit saja sanggup contact aku, lambat sepuluh minit saja pun. Bukannya aku sengajakan, dah berlakunya kesesakan lalu lintas.

MENGUNDANG MAUT

Err. Aku dapat tok guru yang sama la kali ini. Aku tetap jalani latihan memandu walaupun pikiran ku terbang melayang, ala-ala berlari kelangit. Mengantuknya saat itu, ini kes-kes jadi pak guard malam la nie. Pada saat-saat akhir sesi latihan memandu aku. Tok guru aku. Err. Aku guna tok guru pulak tahu kali ini tak pah kan. Okay. Tok guru aku inginkan aku membawa kancil tu kejalan raya. Apa kancil? jangan la jadi lurus sangat. Kejap kata mengong pulak nanti, korang marah pulak. keh keh keh. Aku bersama tok guru aku dan tidak ketinggalan si kancil juga, berlegar-legar la di jalan raya. Tetapi, di sesuatu kawasan itu, ada tragedi yang mengundang maut. Aku tiba-tiba saja tergoyang stering kereta. Apa tunggu lagi, si kancil pun melelong la mengikut rentak dan irama yang aku sajikan. hek hek hek.

Tok guru aku terus berpeluh walaupun aircond itu agak sejuk. Muka cuak,takut dan gemuruh kelihatan di muka tok guru aku. Apa la yang malang sangat tok guru aku sorang ni ye. Baru-baru nie tragedi buruk jugak berlaku. Sewaktu kereta yang dipandu aku berlambung. Kali ni jadi macam ni pula ye. Ehh kahsian, tetapi mujurlah tok guru aku nasihatkan, jangan pandu macam itu. Kalo si kancil itu tadi lari satu dua, naye kite nanti. Pakat dok ICU la jawabnya. Okay, drive safely you safe. That's all bye bye..!!

**********

Hari berganti hari, tidak berapa lama dari hari latihan memandu terakhir aku. Aku dikejutkan lagi dengan test QTI pulak kali ini. Musnah la sweet dream aku lagi diawal pagi. Tapi kali ini sangat awal. Malangnya hari itu hujan, aku terpaksa meredah hujan. Asal aku letak saja motosikal aku dibawah sebatang pokok, ada seorang budak sekola lama punya lama aku ni datang juga. Aku pun berbual la dengan dia. 

Selepas asyik bersembang, datang satu babak ini. Dia cerita kat aku, yang dia sekarang kerja dengan kawan aku sorang ini namanya Mat(nama tipu). Aku pun dalam hatiku la kan berkata"ehh itu kawan jiran rumah aku tu, tak silap aku dia pegi PLKN, aku dok kena siram la ni. Sabor je lah, aku baik dok diam saja, tengok sejauh mana dia nak siram aku sampai basah". Lepas itu dia kata baju ni, yang dia pakai tu, si Mat yang kasi waktu birthday dia. Err. Tak silap aku la kan. Dulu si Mat ni skola tu tak sampai sebulan, pastu pindah. Sejak bila pulak lepa nie jadi member baik, huh dasyat kau boom aku. Sabor je lah. Aku jadi mat angguk sat la time tue. Apa yang dia cakap aku ye kan saja. keh keh keh. Malas nak layan orang yang suka siram-siram ni. Abis basah aku nanti.

WAKTU TEST DIJALANKAN

Selepas satu jam aku menunggu, dan pada masa yang sama juga satu jam kena boom. Akhirnya test untuk aku dah tiba. Macam hampeh, buat keje slow saja, kalau pasal duit laju saja korang ekk. Penguji aku memangil aku dan berkata"pegi ambik kereta tu, ang pegi buat bukit, parking dan three pointer ang datang sini ambik pak cik okay" aku pun ye kan saja la. Dalam hati aku la kan macam ni"ni test jenis apa macam nie, macam datang buat latihan selalu saja. Tak ade pon orang nak uji aku, perhh!!!" Okay dah selesai semua dah aku pun datang jemput la pak cik tu, kununnya menguji aku la kan.

Okay adik pegi jalan A. No hal punya pak cik saya tahu jalan. Aku pun bawak la si kancil itu pusing dekat jalan A. Bila sampai saja satu lampu isyarat tu kan, aku pun bawak la si kancil itu dengan perlahan-lahan. Masih hijau lagi lampu itu, aku masih maintain kan kelajuan aku, mana la nak tahu kan tiba-tiba saja kalo tukar warna lampu. Asal aku terpikir saja terus bertukar. Err. Saja nak kasi aku gagal la ni. Okay aku bawa bersabar sat. Pastu pak cik tu katakan pada aku,"ang masuk jalan kiri ikot jalan B terus, depan sana ada JPJ" dengan aku meng ye kan sahaja katanya. Bila aku membelok di selekoh saja, terus ternampak JPJ sedang menanti. Err elok sangat la tu, nak lari sangat dari JPJ. Pak cik tu pun kata berhenti. Amboi dia JPJ ka apa yang duduk surur berhenti. Aku nampak kat depan tu JPJ suruh jalan saja. Err kes-kes nak mengagalkan aku la ni. Sabor je lah. Last last, aku lulus cam tu saja. Aku rasa macam buang masa saja pegi test tu. Macam tak menguji aku langsung. Ini saja kisah aku. Assalamualaikum.

5 comments:

  1. hahaha.yg tu bkn test QTI,tp nk uji tahap kesabaran kte..hahaha...
    btw,gud luck utk test jpj 6t yew...
    esok bru sy QTI krte,hrp2 x jd cmtu lor..hihihihihi..:P

    ReplyDelete
  2. dpt lesen bleh jalan2..jom..hehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kesedihan bila gagal QTI..
    nebes... sabar jelah..

    http://itsaiuniversal.blogspot.com/2013/02/sabar-itu-umpama-sinar-matahari.html

    ReplyDelete