Thursday 23 February 2012

Nak Jadi Photographer

Nak jadi photographer senang sahaja, at least ada kamera digital tu kira bole dok merapu dah la. Sekurang-kurangnya boleh la ambil picture macam budak-budak mukabuku. Siap posing elok punya. Tandas dalam shopping mall pun boleh jadi kerja. Mentang-mentang la ada kamera kan. Bila dah ada tu mesti lah ada orang nak jadi paparazzi ka, mamarazzi ka, yang tu semua belakang cerita. Ini aku nak kongsi sedikit pengalaman aku hendak jadi seorang photographer yang tidak bertauliah.

Firstly, aku memang la tak ada kamera okay. Bila boring-boring saja, aku sebat saja kamera kak aku tu. Pastu mula la dok tangkap gambar mengarut-mengarut. Macam orang tak pernah dapat kamera. Bermulalah, niat aku nak jadi seorang photographer.


Bila dah ada niat tu, bagi sesiapa yang nak belajar jadi photographer yang tidak bertauliah ni, jangan malu jangan segan. Aku boleh ajar korang semua. Mula-mula, korang mesti kena ada kamera sendiri. Tak kira lah kamera jenis apa. Asal ada kamera sudah, boleh snap gambar merapu merepek dah okay. Kalau aku yang menumpang kamera kak aku ni. Kak aku pakai Nikon entah apa namanya. Aku pun tak tahu, selalunya orang bagi nama Ramli ka, Sudin ka. Tetapi ni aku pelik sikit, dia kasi nama ikot nombor. Err pelik-pelik. Tak apa soal nama semua kita abaikan okay. Bagi basic sekali kan. Kalo korang dapati yang kamera korang gelap sahaja tu, jangan panic okay. Ini mesti korang terlupa nak on ka, nak charge bateri ka. Itu semua pandai-pandai sendiri la. chi hua hua..


Okay ada sesetengah kamera korang mesti bila snap saja nampak gelap saja ala-ala gua kelam. Itu tak jadi masalah bagi beginner macam kita semua ni. Kalo ikut pertua aku kan, kalo terasa flash kamera korang tak cukup terang. Korang sebat saja lampu pendaflour nuh. Lampu paling style la dari zaman tok nenek kita lagi. Masih terang menerangi malam hari. Setidak-tidaknya kalo korang segan nak usung ke merata-rata tempat sebab besar sangat. Aku rasa, sekarang ini lepa ada buat yang pendek sikit pulak. At least cukup la korang nak sumbat dalam beg kan. Kalo rasa nak ikut pertua aku ikut la ye. keh keh keh .. Assalamualaikum.

8 comments: