Tuesday 28 February 2012

Kasut Mahal

Pada suatu hari, aku berjalan-jalan di shoping complex saja bersiar-siar. Suasana agak sunyi sepi kerana jam hampir pukul sembilan malam. Tiba-tiba aku terlalu di hadapan kedai adidas. Aku singgah sebentar disana dan membelek kasut futsal F50 yang Lionel Messi dok pakai tu. Wah! mahal jugak harga kasut tu, aku pun tak balik susun elok-elok. Aku pun angkat kaki dari situ.

Tetapi tiba-tiba entah macam mana hati aku tergerak nak pegi balik kedai tu. Aku pun tengok lagi sekali sebab tak puas lagi. Aku pun ternampak satu lagi kasut. Cantik jugak la, kasut predator kasut cantik harga pun cantik la. Aku pun macam mana entah aku boleh nak beli sangat kasut ni. Siap aku robek duit dicelah-celah dompet aku tu, mana nak tau ada duit lagi ka. Aku pun selup poket kiri, kanan dan belakang seluar aku tu, mana nak tau ada duit lagi ka kan. Tapi kasut dan stoking semua aku tak cari la, tak la macam cerita P.Ramlee semua tu. Lastly, aku dapat beli juga kasut tu.



Kasut pun masih berkilat lagi, maklum la dah beli mahal-mahal sayang pulak nak pakai. Sekarang ni jadi perhiasan saja la dekat rumah aku tu. Siap masih bau kedai lagi.


Tengok tu, tapak kasut pun masih bersih lagi. Tak sentuh jalan lagi tu. Punya la sayang nak pakai. Nak buat macam mana, dah jadi tabiat manusia beli mahal-mahal suka simpan buat perhiasan. keh keh keh

chow dulu..
assalamualaikum...

3 comments:

  1. Lawa kasut! hehe... kotak pun cun, ad 3 stripes..haha :D

    ReplyDelete
  2. really nice pair of shoes you got over there!!! kawan aku pun suka beli kasut mahal.. dia tak pakai pun, dia simpan. kalau xde duit dia jual... and i was like, wtf??

    ReplyDelete