Monday 26 December 2011

Kenangan Pahit

aku nak cite kat korang semua tentang kenangan manis pahit aku..pada hari cuti skola aku dan kawan-kawan aku merancang nak ke pisa untuk pergi bersuka ria dan bermandi-manda di sana..ok nak masuk pisa kan nak kena pakai seluar fit la ape la..procedure la katakan..ok fine..aku ngan kawan aku pon merancang hendak ke kompleks bukit jambul dahulu untuk mendapatkan seluar fit di kamdar..memang berbaloi..perancangan demi perancangan telah di atur..citenya bermula..

Fattah: Assalamualaikum Mie..
Mie: waalaikumusalam..tunggu aku jup
Fattah: okok..no hal

aku lekas bersiap dan keluar dari rumah dengan sebuah basikal ala-ala moto la kire..aku dan kawan aku pergi ke rumah seterusnya dengan berbasikal masing-masing..selepas penat berkayuh,akhirnya sampai gak ke destinasi kami seterusnya..

Mie/Fattah: Assalamualaikum..Latif
Latif: waalaikumusalam..ok aku datang nie..

Kami pon terus ke satu destinasi satu destinasi dan berkumpul beramai-ramai untuk bermandi-manda di pisa..ok..kami akan mengikut perancangan seperti mana yang telah dirancang..kami akan ke kamdar dahulu dan dapatkan seluar fit itu sebelum ke pisa..cuaca hari tuw agak panas..masing-masing seakan-akan mandi peluh dan mengeluarkan bahu yang harum lagi kasturi..ketiak masing-masing juga telah menitiskan air yang berbau agak pelik dan basah setompok dibaju apabila tangan menunjuk kearah langit.perhh!!

demi mengelakan berbauab berpanjangan..kami telah memakai ubat ketiak iaitu REXONA,.kalo masih berbau pakai la perfume ke ape ka..baru wangi ckit..dari Bukit Gedung ke Bayan Baru dengan berbasikal agak memenatkan..kami terus ke pisa dengan harapan bersuka ria di sana..tetapi agak mengecewakan kami..

SITUASI YANG AGAK PANAS!!!

aku cukup panas..bukan ape.,panas dalam le..aku merantau jauh-jauh dari Bukit Gedung ke Bayan Baru,dari Bayan Baru ke Bukit Jambul,dari Bukit Jambul ke PISA..perhh naik basikal je weh..mandi pisa tak dapat mandi peluh saja aku dapat..ook..hati kami menjadi panas selepas diri kami di panaskan dengan cuaca yang agak panas nie..bila tiba saja di pisa itu,.kami baru sedar bahawa pisa sedang di renovate..perhh!!!what the hell..arrghh..kami semua terbaring terlentang buat seketika dengan harapan yang berkecai seakan-akan frust dalam percintaan dan menongeng di situ..

IDEA GILE!!!

selepas harapan nak bermandi-manda telah musnah..kawan aku mengeluarkan cadangan yang agak gile ketika semua dalam keadaan frust menongeng..ok ok..

Fattah: wep jom pi mandi kat Pak Haji Kuda la senang
Latif: jom-jom..lama jugak aku tak pi nie..
Mie/Syamim: ...????

aku mulanya memang tak tahu tempat itu rupanya bagaimana bersama kawan aku Syamim..kami cuma pernah mendengar saje dari mulut orang bercerita..

Mie: ok aku ikut saje..

aku pon ikut saje kawan-kawan aku..kalo korang nak tahu..Pak Haji Kuda nie tempat air terjun di area Bayan Lepas..cuba ko bayangkan dari Pisa nak pi Bayan Lepas plak..gile la..dah la panas,.lutut aku pon dok mai jem dah dok kayuh basikal..perhh!!! idea yang agak mengejutkan..

kalo korang nak tahu..kawan aku Fattah nie berbasikal berseorangan,Latif plak seorang yang kurus kering yang menumpangkan Syamim naik basikal bersamanya..Syamim plak seorang yang agak gemuk dan bertenaga,.dan aku plak..ehemm..jangan tanya le..yang paling macho segak lagi bergaya..keh keh keh..sempat lagi nak promote..ok ok aku cite..

aku telah bagi sedikit gambaran pada korang situasi kami sedang menuju ke destinasi seterusnya..kalo air terjun mestilah di kawasan bukit betul tak..korang cuba bayangkan si Latif nie sedang menumpangkan si Syamim nie dan kayuh di kawasan bukit..perhh!!kemungkinan basikal tak bergerak kot..okok puas sudah mengutuk..ok aku cite..dalam perjalan yang agak jauh..hati kami rasa segan tak bertempat..biasa lah..muka macho naik basikal saja..mana makwe nak pandang..okok..tapi bile skali pandang..dah macam GTA San Andreas saja naik basikal pergi merata..keh keh keh...

SUDAH SAMPAI DAH!!!

ok selepas macam-macam dugaan yang berlalu..akhirnya kami sampai jugak.aku jugak pernah mendengar khabar angin tentang keadaan tempat di situ bagaimana..aku jugak di beritahu bahawa tempat tu agak keras..dengan kata lain"tempat berhantu"ok mula aku tak percaya sangat..sebab aku tengok banyak family yang berkelah disana..ok tampa melengahkan masa lagi,kawan-kawan aku terus terjun tanpa bercakap panjang..aku tengok best saja..tak kan cangak lagi..aku pon terjun la...

KENANGAN PAHIT..

hari semakin senja..kami masih leka berseronok..tiba-tiba semasa aku berenang..ade seakan-akan tangan yang berada di bawah sedang menarik kaki aku..aku tenggelam dan lemas..aku mula panik dan kehairanan..kenapa aku boleh lemas sedangkan air nie tak lah sedalam mana..kerana budak 12 tahun pon dah cukup matang nak berenang disitu..hati aku semakin cemas..aku menjadi semakin lemas dan cuba keluar dari situasi itu..aku sedang bergelut dengan nyawa aku sendiri..mujurlah aku ternampak kawan aku sedang berenang terapung dan lalu di atas aku..aku cuba melompat dan larikan diri terus menerkam kawan aku..selepas terselamat aku tergamam buat seketika dengan keadaan tadi..

JOM BALIK..

hari semakin gelap,awan semakin menghitam..hari dah nak hujan..selepas keadaan itu tadi..aku mengajar kawan-kawan aku pulang..mana tak nya..malu la aku juara emas renang lemas ketika mandi..tercalar la maruah..dah la makwe makwe dok usha..keh keh keh..selepas itu..aku terus mengemas dan bersiap untuk pulang tanpa memandang kiri dan kanan kerna maruah sebagai lelaki macho telah tercalar di hadapan makwe makwe sekalian..aku terus memecut laju dan tidak lagi menoleh ke belakang...

HALANGAN KETIKA PULANG!!!

Fattah telah pulang kerumahnya,.kerna rumahnya berdekatan dengan kawasan itu..sekarang hanya tinggal kami bertiga..hujan mula turun setitik setitik..aku menukar plan baru..ok skang Syamim plak tumpangkan Latif..ok agak agak strategi nie dapat buat kami sempat pulang ke rumah dengan cadangan Latif masuk ke jalan shortcut..ok fine..kami memecut dan saling berlumba-lumba..dah macam race to the mountain la plak..ok ok..kami semakin hampir dan dekat dengan rumah masing-masing..tetapi ada halangan yang menanti..

tiba-tiba lembu gile memblocking jalan kami..siap dengan anjing liar dua ekor menunggu di jalan seterusnya..

Mie: weh ape nak wat skang..
Latif: kite tunggu la..jap dia blah la
Mie: pungkok ang la..nak hujan dah nie..tak dak jalan lain ka nak belah?
Latif: ada la..tapi kena patah balik kite belah kot jalan jauh..
Syamim: woi "BABI"ang ingat aku kuli barua ang ka..ang taw tak aku penat bawak ang nie..
Latif: keh keh keh..sabor je lahh
Mie:perhh..seketol ang bagi...keh keh keh

ok idea gile sekali lagi diterima..kami berpatah balik dan memecut lebih laju dari tadi...kami tak sempat pulang sebelum hujan membasahi kami..kami dibasahi hujan yang lebat..kami dah tak pikir dah ape pon..makwe ka awek ke..yang kami pikiaq skang nak survive saje time tuw..keh keh keh..

akhirnya aku sampai jugak rumah aku di bukit gedung..tetapi Syamim dan Latif tetap bergelut dalam hujan kerna rumah mereka di bayan baru..hmm entah lah ape akan berlaku pada mereka..ok aku akhiri cite ini di sini sahaje...Assalamualaikum!!!

No comments:

Post a Comment